Saturday, 1 October 2011

CUP CAKE ISTIMEWA

Indah dan cantik eksesori Cup Cake ini..ianya dapat menarik minat sesiapa sahaja yang memandang. Aku sendiri pun terpengun dan tidak sabar-sabar untuk mencubanya.. Kata orang, lain perisa dan jenis lain pula rasanya. Sebelum merasanya aku boleh bayangkan rasa Cup Cake ini...sudah semestinya manis, rangup dan boleh rasa apa perisanya.
sungguh kreatif pembuatnya sehingga kek yang bersaiz kecil ini boleh dihias cantik tanpa ada kecacatan padanya. Tetapi aku juga berfikir bahawa tidak semua Cup Cake ini sedap dengan hanya melihat eksesorinya sahaja...ini boleh kita samakan dengan sikap manusia iaitu kita tidak boleh memandang cantik seseorang hanya pada rupa luaran sahaja malah perlu mengenalinya lebih mendalam supaya dapat mengenali hati budi orang itu. Oleh itu berfikir dahulu untuk menilai seseorang sama ada baik ataupun jahat kerana tidak semestinya seseorang yang tiada rupa itu bersikap buruk...Jangan mudah menilai seseorang sebelum mengenal hati budinya.

No comments:

Post a Comment