Penulisan Kreatif... Ayue Nurulhidayu
Tuesday, 11 October 2011
Saturday, 8 October 2011
Asal Usul Cupcake
Berkembang di Amerika, pada abad ke-19,cupcake mungkin memiliki ukuran mini, tapi tidak boleh selalu begitu. Dibuat demikian kerana bahan-bahan yang digunakan biasanya diukur dalam ukuran cup (mangkok), bukannya ditimbang.
Tradisi ini seterusnya berkembang menjadi kebiasaan. pada awalnya, cupcake sering disebut kue “angka”, kerana takat ukurannya sangat mudah diingat. Misalnya, satu mangkok mentega ditambah dua mangkok gula pasir ditambah tiga mangkok tepung ditambah semangkok susu dan satu sendok soda kue.
Berkembang kemudian orang-orang mulai membuat cetakan cupcake dalam wadah kaleng yang disebut Muffin tins, yang mulai popular sekitar abad ke-20. Dewasa ini, cupcake sudah menjadi bervariasi, mulai dari komposisi bahan baku, ukuran, bentuk dan dekorasi.
Thursday, 6 October 2011
setiap orang mempunyai kelebihan...cuma kita masih atau tidak sedar akan kelebihan itu. kita sebagai manusia telah dijadikan olehNYA dengan sempurna akal fikiran. maka gunakan kelebihan yang diberikan dengan sebaik mungkin sementara masa masih ada. ketahuilah masa tidak menunggu kita malah kita perlu mengejar masa...
Tuesday, 4 October 2011
BaHagiA SeLaLu...
- "Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu...positif terhadap kehidupan."
- Berfikir tentang kebahagiaan bererti fikir tentang apa yang berlaku sebelumnya dan apa yang akan berlaku selepasnya. Terkadang, berfikir terlalu jauh boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri...berbahagialah hari ini, jangan menangguhnya hingga ke hari esok!!
Monday, 3 October 2011
Duit OH Duit...!!!
Masih aku ingat lagi ibuku berpesan bejimat-cermat adalah penting dalam kehidupan kita seharian..duit itu penting bagi segalanya-galanya terutamanya pada dunia sekarang ini. Kalau tidak ada duit sepuluh sen maka tidak cukup seringgit, sepuluh ringgit malah beribu-ribu ringgit sekalipun. Dunia yang serba canggih ini memang senang buat duit tapi kita tidak akan pernah cukup dengan duit..bak kata orang..duit oh duit, dimanakah duit..!!!
so, sama-samalah kita menabung untuk keperluan masa depan kita sebab kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada kita hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang...^__^
Sunday, 2 October 2011
Nasi Goreng Paprik Kesukaanku
Berikut adalah resepi dan cara memasak nasi goreng paprik ayam. Keistimewaan resepi nasi goreng paprik ia mempunyai lauk. Lauk Nasi goreng paprik juga boleh dimakan dengan nasi putih.
BAHAN-BAHAN NASI GORENG PAPRIK:
•Nasi secukupnya ( untuk makan 2 orang )
•1 biji telur
•Nasi secukupnya ( untuk makan 2 orang )
•1 biji telur
•1/4 labu bwg besar – dimayang sedikit
•1/2 Sudu Serbuk pati ayam
•1 Sudu Kicap pekat
•2 Sudu minyak ikan
•1/4 Garam
•1/4 Sudu lada sulah
•2 Sudu minyak utk menumis
•50gram Cili Kering (dikisar)
•1/2 Sudu Serbuk pati ayam
•1 Sudu Kicap pekat
•2 Sudu minyak ikan
•1/4 Garam
•1/4 Sudu lada sulah
•2 Sudu minyak utk menumis
•50gram Cili Kering (dikisar)
CARA PENYEDIAAN NASI GORENG PAPRIK :-
Panaskan minyak, tumis bawang sehingga wangi , masukkan cili kering , masukkan telur, goreng dan hancurkan , masukkan nasi, tambah kicap, minyak ikan, serbuk perasa (tanpa MSG) dan garam .
Panaskan minyak, tumis bawang sehingga wangi , masukkan cili kering , masukkan telur, goreng dan hancurkan , masukkan nasi, tambah kicap, minyak ikan, serbuk perasa (tanpa MSG) dan garam .
BAHAN -BAHAN LAUK NASI GORENG PAPRIK:
•Daging ayam secukupnya (dipotong kecil-kecilan)
•Sotong /udang (Jika ada)
•2 ulas bwg putih – dicincang
•1 ulas bwg merah – dicincang
•2-3 biji cili api – dipotong
•1/4 labu bwg besar – dipotong
•3 Batang Kacang panjang – dipotong
•50gram Cendawan – dipotong
•1 lobak merah – dipotong
•50gram brokoli / bunga kobis
•1 biji cili masak – dipotong
•2 helai daun limau purut
•1 Sudu Bancuhan Tepung Jagung
•2-3 sudu besar cili giling
•2-3 sudu besar kicap
•2 sudu besar sos tiram
•2 sudu besar sos cili/tomato
•Garam dan gula serta minyak utk menumis
CARA PENYEDIAAN LAUK NASI GORENG PAPRIK :

1.Panaskan minyak, tumiskan bawang dan cili padi hingga wangi.
2.Masukkan ayam/ sotong/udang – goreng sampai masak
3.Masukkan sos/kicap/cili giling dan sayuran seperti kacang, brokoli/bunga kobis, carrot.
4.Masukkan daun limau purut
5.Tambah sedikit air jika ingin berkuah
6.Masukkan bancuhan tepung jagung & baki sayur-sayuran yang lain
7.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8.Hidang bersama nasi goreng paprik anda.

Resepi nasi goreng paprik ini juga boleh disediakan bersama sup dan kuah sup. Selamat mencuba resepi nasi goreng paprik.
Saturday, 1 October 2011
CUP CAKE ISTIMEWA
Indah dan cantik eksesori Cup Cake ini..ianya dapat menarik minat sesiapa sahaja yang memandang. Aku sendiri pun terpengun dan tidak sabar-sabar untuk mencubanya.. Kata orang, lain perisa dan jenis lain pula rasanya. Sebelum merasanya aku boleh bayangkan rasa Cup Cake ini...sudah semestinya manis, rangup dan boleh rasa apa perisanya.
sungguh kreatif pembuatnya sehingga kek yang bersaiz kecil ini boleh dihias cantik tanpa ada kecacatan padanya. Tetapi aku juga berfikir bahawa tidak semua Cup Cake ini sedap dengan hanya melihat eksesorinya sahaja...ini boleh kita samakan dengan sikap manusia iaitu kita tidak boleh memandang cantik seseorang hanya pada rupa luaran sahaja malah perlu mengenalinya lebih mendalam supaya dapat mengenali hati budi orang itu. Oleh itu berfikir dahulu untuk menilai seseorang sama ada baik ataupun jahat kerana tidak semestinya seseorang yang tiada rupa itu bersikap buruk...Jangan mudah menilai seseorang sebelum mengenal hati budinya.

Subscribe to:
Comments (Atom)