Thursday, 29 September 2011
Saya sangat menyukai KFC, sebab di KFC saya boleh makan ayam, dan ayam itu adalah protein. Dan bagi saya, antara banyak-banyak fast food outlet kategori murah di Malaysia, KFC adalah antara restoran yang OK berbanding MacDonald, Pizza Hut, atau yang seangkatan dengannya.
Namun menyukai KFC tidak bererti saya akan makan di sana setiap hari. Itu bukan diet yang seimbang. saya cuma berkunjung ke KFC jika terasa ingin memakannya, jika tidak bersama keluarga, bersama teman-teman.
Memandangkan saya masih belum jumpa mana-mana entri berkenaan ‘makan di KFC dengan cara yang sihat’ oleh mana-mana blogger di Malaysia, berikut saya rungkaikan rahsia, beberapa tips untuk mengubah diet di KFC daripada ‘tidak sihat’ kepada ‘lebih sihat’.
1 – Pilih Bahagian Dada
Bahagian dada ayam adalah yang paling kurang lemak dan paling tinggi protein. Malah kalori per gramnya juga lebih rendah berbanding bahagian-bahagian yang lain. Bahagian yang paling tinggi lemak dan kalori adalah bahagian kulit yang tebal yang banyak diseliputi dengan lemak.

2 – Buang kulit dan kerak tepung
Kulit dan kerak tepung mengandungi kandungan lemak/minyak yang sangat tinggi. Dan tinggi lemak itu bererti tinggi kalori. Seketul *betis ayam goreng berserta kulit/kerak tepung mengandungi 10g lemak (179kcal) – kandungan lemak bersamaan kira-kira satu sudu besar minyak masak, manakala seketul betis ayam goreng tanpa kulit/kerak tepung mengandungi 4g lemak (92kcal). Lihat, dengan sedikit ‘modifikasi’ sahaja dah boleh mengurangkan 87kcal!

3 – Pilih perisa ‘spicy‘, bukannya ‘original‘
En. Susu Sejat, kenapa mesti spicy (sekarang dikenali sebagai Hot Black Pepper) dan bukannya original? Sebabnya mudah, makanan yang berempah ni boleh meningkatkan metabolism, dan tinggi metabolism bererti kita boleh ‘membakar’ kalori lebih pantas berbanding biasa, seterusnya membantu mereka yang ‘terlebih berat’ untuk turun berat badan dengan pantas.

4 – Minta air kosong (atau mineral)
Pepsi? Mirinda? 7 up? Tolak ketepi semua tu. Disamping harganya yang mahal (memandangkan ia adalah minuman ‘gula’ tanpa sebarang khasiat, maka RM1.80 per cup itu bagi Susu Sejat adalah mahal) minuman sebegini langsung tidak menyihatkan. Segelas Pepsi yang dijual di KFC hanya mengandungi kira-kira 7 sudu teh gula berserta beberapa mol gas karbonat dan sedikit perasa. Berbaloikah kita membayar RM1.80 hanya untuk 7 sudu teh gula, sedangkan sekampit gula 1kg gula cuma berharga RM1.60? Fikir-fikirkanlah..

5 – Hindari ‘French Fries‘ atau ‘Wedges‘
Ambil sehelai tisu, lipat, dan picit sama ada sebatang wedges mahupun sebatang french fries di antara dua lipatan tadi. Sekarang anda faham maksud Susu Sejat? Sebatang dua adalah OKAY, tetapi kalau makanan sebegini, mampukah kita untuk makan hanya sebatang dua, sedangkan kita sudah membayar kira-kira RM3 untuk sehidangan wedges? Dipendekkan cerita, hindari terus makanan ni lebih elok, malah menjimatkan wang.

6 – Lapkan minyak yang berlebihan
Selepas membuang kulit ayam dan kerak tepung, kita mesti perasan akan kilaun-kilauan minyak pada permukaan isi ayam tersebut. Lapkan minyak-minyak tersebut dengan tisu yang telah dibekalkan oleh pelayan KFC. Kita boleh menyingkirkan beberapa puluh kalori jika mempraktikkan teknik ini.

Jadi, siapa cakap kalau nak kuruskan badan kita kena ‘mengharamkan’ KFC? Secara asasnya, tip-tip yang dinyatakan di atas adalah bertujuan untuk mengurangkan pengambilan kalori, terutamanya kalori dari minyak dan gula. Selamat mencuba ok!!
Friday, 23 September 2011
Pembuka Bicara
Bismillahirahmanirahim....butang kecil ini mengajak mindaku untuk mencoretkan kenangan pahit manis, cabaran dan dugaan dalam kehidupan yang penuh ranjau. ianya memberi semangat dan inspirasi kepada ku. Harapanku semoga dapat diberi peluang dan masa bagi melahirkan semangat dan idea-idea yang baru bagi memenuhi impian dan harapan di masa akan datang...welcome penulisan kreatif!!
Subscribe to:
Comments (Atom)